Puding Caramel Tanpa Telur



Puding caramel tanpa telor, xpayah kukus. Sedappp dan mudah sangat2. Dulu xpandai makan sekarang suke sangat2. Husband pun suke ðŸ¥°ðŸ¥°. Korang mesti lg power buat kan? Nak share resepi pun malu ðŸ™ˆðŸ™ˆ sebab saye budak baru belaja hihihi
Resepinya:
Bahan A (Karamel)
🔵 3 sudu besar gula pasir
🔵 2 sudu besar air
.
Bahan B (Puding)
🔵 1 paket agar2 serbuk 10 gram (original)
🔵 1 tin susu sejat (susu cair)
🔵 4 cawan air
🔵 1/2 cawan susu pekat manis
🔵 1/2 cawan gula pasir
🔵 2 sudu besar tepung kastard
🔵 1 sudu kecil esen vanilla
Cara2nya:
1. Masak Bahan A di dalam loyang dengan api perlahan sehingga gula masak dan menjadi perang ( tak perlu dikacau)
2. Ratakan gula tadi agar memenuhi loyang tersebut dan biarkan ia menjadi sejuk.
3. Masakkan Bahan B di atas dapur dengan api yg perlahan dan masak sehingga mendidih dan tutup api.
4. Masukkan Bahan B yg telah di masak kedalam loyang tadi, biarkan sejuk kemudian masuk di dalam peti ais. Siapppp
.
📌tak perlu dikukus kerana versi tanpa telur telah dimasak hingga mendidih di atas api
.
📌kalau nak lagi tebal karamelnya, kena lebihkan sedikit gula waktu kita membuat karamel tapi saya lebih suka versi yang kurang gula

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel